Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2025

Maklumat Ringkas

Imej
INFO :  Setiap bahagian cerita ada versi Bahasa Melayu (di sebelah atas) dan Inggeris (di sebelah bawah). Each parts of the story has Malay version (on the upper part) and English (on the lower part).

Pahitnya Cinta Monyet

Imej
BAHASA MELAYU Sejak dari sekolah menengah atas lagi, aku sudah mula bercinta dengan beberapa bekas pasanganku walaupun perasaan ingin merasai pengalaman bercinta itu sudah lama berputik seawal umur 14 tahun lagi. Dek kerana sifat kedewasaan yang semakin aku rasai ketika itu membuatkan aku bertindak lebih berani untuk melangkah ke dunia percintaan. Kisah pengalaman cintaku bermula di saat aku menemui pasangan pertamaku di Facebook. Seorang yang terlihat tinggi, berbadan kurus sedikit dan berperwatakan agak lembut. Pada mulanya kami hanya berbual biasa, sehinggalah dia mulai meluahkan isi hatinya pada aku. Aku yang baru setahun jagung dalam dunia percintaan terus menerima lamarannya tanpa berfikir panjang pada waktu itu. Mula-mula terasa seronok saat bercinta, namun kelamaan keterujaan itu mulai terhakis. Akhirnya bagaikan cinta monyet, semuanya tidak kekal lama. Samalah juga dengan bekas-bekas pasanganku yang hadir kemudian setelah itu. Hanya bertahan untuk beberapa bulan sahaja, tidak...

TTM 1: Zul

Imej
BAHASA MELAYU Semenjak aku sudah memutuskan hubungan aku dengan kekasih terakhir aku, hidup aku mulai sepi kembali. Kalau dahulu aku sering rancak berbual dengan mereka secara atas talian, sekarang aku hanya membelek-belek media sosialku secara berulang-ulang saat aku keseorangan. Malah, aku juga tidaklah sering berbual-bual dengan rakan sekelas aku yang lain kerana sifat aku yang pendiam kecuali dengan si Hakim itu. Itu pun dia yang mulakan dahulu perbualan kita orang. Maka, kegiatan seharian aku hanyalah ke kuliah di pagi hari, ke kafeteria untuk mengisi perut dan pulang terus ke bilik selepas waktu kelas. Sewaktu hujung minggu lagilah teruk, aku hanya terperuk sahaja di bilik sambil layan filem-filem yang aku sempat muat turun sewaktu di kelas kuliah. Sejujurnya, aku sendiri ingat-ingat lupa pasal pertemuan kali pertama aku dengan Teman Tapi Mesra (TTM) pertamaku. Aku sendiri lupa sama ada aku atau dia yang menegur dahulu, namun yang pasti kami berkenalan melalui aplikasi media so...

TTM 2: Razlan

Imej
BAHASA MELAYU Beberapa bulan selepas aku tidak lagi menghubungi TTM pertama aku itu, jodoh telah mempertemukan aku dengan TTM baru aku. Namanya Razlan yang berasal dari Selangor itu, berumur dalam lingkungan 30-an, jurang yang agak besar dengan aku pada waktu itu yang baru sahaja memasuki umur 20 tahun. Tinggi tubuhnya juga agak sedang-sedang sahaja, mungkin dalam 155-165cm dan berbadan yang agak berisi sedikit, namun masih lagi kelihatan sado apabila berpakaian yang agak 'fit'. Warna kulitnya yang agak putih ditambahkan lagi dengan raut wajah yang terlihat muda jika dibandingkan dengan umurnya itu menjadikannya lebih comel dan sedap mata sesiapa yang memandangnya. Sudah semestinya ramai orang, tidak kira lelaki atau perempuan, pasti akan tertarik apabila melihat dirinya, termasuklah diri aku. Ditambah pula dengan perwatakannya yang peramah dan mudah mesra apabila berinteraksi dengan orang lain, menjadikannya mudah untuk didekati dan pasti akan berasa gembira apabila bersama d...

TTM 3: Fadil

Imej
BAHASA MELAYU Ini adalah kisah jodoh pertemuan aku dengan TTM aku yang seterusnya. Nama diberi adalah Fadil. Teman aku ini agak istimewa kerana negara seberang adalah tanah airnya, lebih tepat lagi berasal dari Tangerang, Pulau Jawa. Tidak seperti TTM aku yang sebelum ini aku kenal melalui FB kerana pertama kali aku bersua dengan pemilik nama ini adalah melalui aplikasi biru, Blued. Aku pada waktu itu masih lagi baru dalam dunia Blued ini, malah banyak benda juga belum aku terokai. Seingat aku pada waktu itu adalah malam hujung minggu. Pada malam itu, aku seperti biasa baring di atas katil aku dengan hanya berseluar dalam putih nipisku, namun begitu aku terasa amat bosan sekali. Walaupun sudah banyak kali aku membelek-belek setiap media sosial di telefon aku, namun kebosanan ini masih lagi tidak hilang. Ingatkan nak tidur awal pada waktu itu, tapi mata aku masih lagi segar-bugar. Lalu, aku membuka kembali aplikasi Blued yang agak baru juga aku muat turun ke dalam telefon aku. Seperti...

TTM 4: Afizal

Imej
BAHASA MELAYU Nama diberi, Afizal. Dilahirkan dan dibesarkan di negeri Pulau Mutiara yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Dia berumur 22 tahun, setahun lebih tua daripada aku sewaktu kami pertama kali bertemu pada waktu itu. Tubuh badannya tinggi lampai, mungkin dalam 178cm macam itu dan berbadan agak berisi. Wajahnya yang ada sedikit campuran Melayu dan India peranakan menaikkan lagi seri kacak di mukanya, apatah lagi dia rajin merapikan misainya. Memang terlihat matanglah seperti bapa muda. Cara berpakaiannya juga sangat-sangat mengikut gaya budak-budak remaja zaman sekarang yang bersahaja. Kadang-kala berbaju kemeja casual dan berseluar jeans hitam, ada juga berpakaian ringkas seperti baju kemeja-T berkolar dan berseluar sukan paras lutut dan bersandal. Seperti kebanyakkan TTM yang aku berkawan, aku juga bertemu dengan dirinya melalui aplikasi FB. Selalunya dia oranglah yang akan mula-mula meminta permintaan rakan kepada aku, namun kali ini sebaliknya. Sewaktu aku sedang b...