BAHASA MELAYU Beberapa bulan selepas aku tidak lagi menghubungi TTM pertama aku itu, jodoh telah mempertemukan aku dengan TTM baru aku. Namanya Razlan yang berasal dari Selangor itu, berumur dalam lingkungan 30-an, jurang yang agak besar dengan aku pada waktu itu yang baru sahaja memasuki umur 20 tahun. Tinggi tubuhnya juga agak sedang-sedang sahaja, mungkin dalam 155-165cm dan berbadan yang agak berisi sedikit, namun masih lagi kelihatan sado apabila berpakaian yang agak 'fit'. Warna kulitnya yang agak putih ditambahkan lagi dengan raut wajah yang terlihat muda jika dibandingkan dengan umurnya itu menjadikannya lebih comel dan sedap mata sesiapa yang memandangnya. Sudah semestinya ramai orang, tidak kira lelaki atau perempuan, pasti akan tertarik apabila melihat dirinya, termasuklah diri aku. Ditambah pula dengan perwatakannya yang peramah dan mudah mesra apabila berinteraksi dengan orang lain, menjadikannya mudah untuk didekati dan pasti akan berasa gembira apabila bersama d...